21.11.12

SUARA ITU..

hahaha.

telefon berbunyi ring ring ring..

ku angkat ku tanya kenapa..
(xperlu tanya siapa sbb ada dlm contacts)

aku kalah lg skali.
kalah menguatkan pegangan di hati jiwa kalbu nurani..

hahaha. hahaha. hahaha.
aku ketawa untuk diri aku sendiri.

beberapa saat itu.
beberapa butir bicara suara itu.
SUARA itu.

Allah.

Allah.

Allah.

tiada kekuatan melainkan dariNya..

haha.

hujan renyai2.
hujan renyai2.
hujan renyai2 lagi...



sudah la. sudah2 bagi hujan turun.
aku masih mencari payung untuk berteduh.

aku tidak segagah mereka.
bertegas dlm prinsip.
aku sering kalah.

janganlah hadir anda untuk membawa badai semula dlm hidup saya..
walau hakikatnya lain daripada yang dikatakan. tp...

antara saya. anda. dan Allah.

19.11.12

INFERIORITY~

kau + dia...
hanya kau + dia...

ukhuwah itu. 
nampak manis. nampak indah. nampak erat. 
NAMPAK.

dulu.

aku + mereka...
bukan hanya aku + mereka...
aku + mereka + semua...

ukhuwah itu. 
rasa manis. rasa indah. rasa erat.
RASA.

kepentingan mereka sama?
atau aku yang membezakan kepentingan bersama?

(err. ayt nk mnyedapkan bunyi ka apa tu?) hahaha. 

mereka tidak mahu bersama? 
atau aku yang sukar untuk bersama?

mereka yg membentengkan diri?
atau aku yg mewujudkan benteng itu?

masih tidak mahu berhusnuzon..
sukar.
hati. hati. hati.

Astaghfirullahalazim. 
(hujan renyai-renyai.. tp tiada payung untuk aku melindungi diri aku dari terus basah.) 

Allah ada.
biar kau + dia..
Allah ada. 

kau + dia.. kau + dia tiada mereka..
aku. 
aku ada mereka. 
tapi. 

cemburukah sekeping hati ini?
atau terbit rindukah pada ukhuwah yg dulu itu? 

aku + aku = masih aku..

aku mahu perubahan.
aku tidak tahu sampai bila mampu berbaik sangka.

aku nampak khilaf itu. 
khilaf dalam menjaga berkeping-keping hati yg wujud bersama.
yang bersama bermujahadah meraih cintaNya.

masih ada khilafnya.


belajar mecintai. 
belajar memahami.
belajar berlaku jujur.
hanya untuk ukhuwah itu. :)

ukhuwah. 
kau + dia + aku + mereka + semua = Allah ada. :)


15.11.12

KEMBALI SENYUM :)

JATUH.
jatuh pertama kali.
luka yang amat perit sekali.
berusaha menggapai untuk bangkit berdiri.
tapi tersungkur lagi.

KALAH.
kalah. kalah pada keyakinan sendiri.
kalah. kalah pada kemahuan sendiri.
kalah. kalah pada yang tidak hakiki.

kalah atau mengalah?
itu tidak pasti.
tapi. andai diketahui.. jatuh ku ini sakit tak terperi.

SALAH.
salahkah aku memiliki keinginan hati? salahkah aku pada dia?
salahkah semua yang terjadi? salahkah dia pada aku?
atau mungkin..
adakah aku tersalah memilih dia?

BANGKIT.
aku terdengar seolah ditertawakan.
tawa penuh penghinaan.
hinanya aku.
adakah dia turut mentertawakan kelemahan aku yang tidak mampu berdiri tanpa dia di dunia fana ini?
jiwaku sendiri mentertawakan.
aku terdengar tangisan.
tangisan penuh kekesalan.
menyesalnya aku.
sanubariku meratapi kekesalan itu.
aku terdengar sebuah bisikan.

ya. suatu bisikan halus. bisikan itu.

tidak mungkin bisikan iblis yang pernah menjatuhkan aku ini.
aku yakin. aku pasti.
bisikan itu naluri aku yang meminta untuk dibebaskan dari keperitan itu.

bangkit. aku terus menggapai. aku terus memaut.
Allah. aku bersyukur Kau memberi kudrat itu untuk aku yang hina ini.
syukur Allah.
aku bangkit. bangkit ke alam nyata.

nyah kau air mata.
kasihanilah mataku yang sentiasa ditakungi olehmu.
nyah kau wajah yang kusam.
aku sendiri merindui segaris senyuman diwajah aku.

biar tersimpan rapi semua peristiwa itu.
nostalgia semalam yang ku pendamkan seribu satu pahit manisnya.
kudrat aku terhenti sekadar untuk berdiri.
untuk melupakan, tidak sama sekali.

dia bahagia dalam layar hidup dia.
aku?
masih mencari kebahagiaan yang hakiki.
Allah..

TAKDIR.
aku terima semua ini.
aku beriman. aku percaya.
ini takdir.
dia menjadi sehelai halaman dalam lembaran hidupku.
aku tidak mahu menerima kepulangan dia.
kerana.
dia yang menjatuhkan aku.
salah.
kerana dia aku jatuh.
dia tidak berpegang pada kata-kata dia.
aku terus berkhayal di fantasi yang tiada nyatanya.

cukuplah. cukuplah.


jatuh pertama kali. sudah.
jatuh kedua kali?
jatuh ketiga kali?

jatuh di tempat yang sama berkali2.
itu tidak mungkin.

aku menanti sesuatu yang pasti. yang pasti terselit kebahagian yang hakiki.
kejar yang HAKIKI. cinta ALLAH yang abadi.


untuk berubah. aku yang perlu mulakan.
yang lama harus ditinggalkan.
selama mana aku harus berada di takuk yang lama?
selama mana aku harus menanti dia yang melukai aku?

aku mahu berubah. aku telah mengorak langkah.
selamat tinggal dunia yang lama.
walau ditinggalkan. percayalah.
hati ini sentiasa mengenangkan pada yang pergi entah ke mana.

masa untuk berubah.
tiada kekuatan melainkan dari ALLAH.

SALAM MAAL HIJRAH 1434H :)

~ setelah sekian lama aku ber'tawakuf'.
~aku kembali setelah terjatuh.
~moga Allah memberi hidayah dan taufiqNya kepada aku. dan dia yang pernah aku kenal itu.